Sunday, November 9, 2014

Autonomi



Salam hormat dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman, terlebih dahulu ini mengucapkan selamat tahun baru islam, walaupun lewat saya doakan semuanya baik baik belaka serta dikurniakan rezeki melimpah ruah dirahmati oleh sekelian alam. Memandangkan topik autonomi telah dijanjikan dibulan terhulu saya terpaksa hold sementera kerana isu panas borneo dan akta hasutan. apa yang akan disampaikan, anda anggap saja dah basi dan auta kerana media telah erjaya memanipulasi emosi rakyat malaysia.

Isu autonomi adalah salah satu dari pecahan topik utama dalam post terdahulu "OPS Rampas" dan post yang lain, kepada pembaca sebelum ini jika telah membaca tentu nampak klue telah dikeluarkan awal mengenai cara cara kawal malaysia dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan geososial masyarakat malaysia.

Apa Itu Autonomi
autonomi secara ringkasnya autonomi bermaksud pentadbiran sendiri tidak kira dari segi sosial ekonomi pentadbiran pendidikan ketenteraan.

Baiklah, berbalik kepada isu sekarang pemisahan kuasa secara tidak lansung berlaku kepada negeri pulau pinang, johor dan borneo dimana pemerintah negeri cuba mengasingkan diri dari persekutuan

Pulau Pinang

Percubaan mewujudkan pasukan keselamatan melalui PPS adalah satu cara menguji persekutuan didalam bidang pentadbiran negeri. mereka mewujudkan pandangan dikalangan pembaca melalui saluran media dimana pembaca dibenarkan komen pelbagai pandangan positif dan negatif. antara percubaan dilakukan media tersebut dengan membandingkan penubuhan Timbalan Setia Johor dengan PPS. walupun tidak menyatakan secara jelas namun ia menimbulkan pemikiran dikalangan pembaca.

Dari segi ekonomi pula mereka menyerang pemilik pelabuhan dengan pelbagai tomahan,  setelah kurang berkesan mereka melakukan sabotaj ekonomi, pendapatan kerajaan pulau pinang pada tahun mendatang lebih kepada cukai, pelancongan dan industri pembaca jangan silap sebelum mengenai audit pendapat negeri terdahulu, sewaktu menguasai pulau pinang mereka berbangga dengan pencapaian ekonomi walhal pelaburan telah dibawa masuk sewaktu BN memerintah.

Kerajaan negeri seolah cuba menjadi juara dalam pengurusan tanah rizab dimana semacam wujud cubaan untuk zon kan semula lokasi tertentu. lihat saja apa akan jadi pada pengkalan tentera dimana mereka seolah sengaja memesatkan pertumbuhan kawasan sekitar pengkalan akhirnya kerajaan pusat dilihat mengalah, mengalah disebabkan ada talibarut didalam melobi kerajaan pusat. permainan ini makan masa amat panjang dibantu pemaju hartanah dan orang politik didalam kerajaan persekutuan mahupun dipihak pemerintah negeri. ketika ini telah wujud konflik didalam penempatan semula pangkalan, buying time sedang berlaku bagi membolehkan kerajaan negeri menaikkan nilai hartanah dikawasan tersebut. jika berjaya rancangan mengeluarkan pengkalan dari pulau maka mudahlah menyusun gerakan seterusnya dari segi undi dan ratio kaum dikawasan pulau.

Maka akan pada masa akan datang mereka menjustifikasikan keperluan pasukan bersenjata seperti polis bantuan bagi menjaga kawasan pulau, sebelum itu mereka akan reka isu blame game kepada PDRM, semua ini akan dicanangkan oleh media dan akan dibantu oleh ahli politik dalam BN dan PR

Setelah mengusai pulau pinang, mereka makin jelas menghilangkan identiti melayu bahkan sebuah pulau tempat banduan pun dah pelahan lahan bertukar menjadi tempat keagamaan. kita lihat disini talibarut seperti MCA GERAKAN seakan senyap saja, itu belum lagi penamaan semula jalan jalan pulau tersebut. semamangnya umno silap memberi kepercayaan 100% kepada MCA dengan memberi kerusi kerusi melayu dan melantik mereka menjadi ketua menteri, sepanjang mereka memerintah habis zone semula dilakukan dengan terancang, ketika itu segelintir umno pulau pinang dan orang melayu amat leka mungkin kenyang duit ataupun buta matahati membela anak bangsa.Semua ini dilakukan dengan baik melalui Kejuruteraan Sosial hasil acuan dari negara seberang tambak.


Johor
Satu negeri yang warganya cukup sensitif kalau dikata apa apa pasal negeri mereka, tak mengapa itu hak anda.. dan hak saya posting kali ini akan cube cuit sikit tak salahkan. sejarah adalah pengulangan dan sentiasa ditulis oleh mereka yang berjaya. jika dahulu kerajaan melayu lama johor riau amat berkuasa setelah kejatuhan empayar melaka, johor riau menjadi tongak pentabiran kerajaan melayu dahulu, orang melayu terdahulu memerintah dengan cara persekutuan, tumbang satu naik satu lagi dan seterusnya..

Hari ini semacam berlaku penjajahan bentuk baru oleh singapura melalui ahli politik, ahli ekonomi dan mahupun campurtangan istana.. haaaa cukup menakutkan dan itulah akan berlaku pada masa mendatang. singapura amat agresif dan radikal didalam kelansungan negara republik tersebut memandangkan ia sebuah negera republik sekangkang kera. singapura giat meneroka menawan kawasan sekitar melalui ekonomi yakni selatan johor, riau, batam, bintan, tanjung balai. dengan membeli hartanah dan mewujudkan pecahaan ekonomi, melalui ekonomi mereka membentuk suasana baharu dengan mampu menekan politik dikawasan terbabit. Pemilikan pulau batu putih secara rasmi dan pendudukan pulau pisang akan memberi kelebihan didalam menawan kawasan sekitarnya, suka saya melebihkan kawasan dalam negara kerana selatan malaysia secara halusnya ditawan melalui ekonomi oleh singapura.anda lihatlah pulau batu putih itu akan membesar serta menjadi pangkalan hadapan bagi singapura.

Siapa bantu mereka?
Pertama sekali mereka mempunyai dana lansung dan dana tidak lansung, dana lansung adalah melalui pendapatan ekonomi negara terbabit dan tidak lansung datangya dari pelobi zionis melalui USA. hal ini dijayakan oleh para ahli politik dan NGO dalam malaysia, anda lihat pelobi dari MCA kini cuba meminta kerusi parlimen dikawasan selatan johor serta strategik disamping media pembangkang memainkan sesuatu isu ditempat tersebut.apabila berjaya maka kerusi tersebut akan bertukar kepada DAP ia formula yang sama digunakan seperti pulau pinang. disini kelemahan UMNO didalam mengatasi game plan pihak mereka, ini mungkin kerana buta perut ataupun buta hati, UMNO totaly lemah didalam memperkasakan bangsa tetapi hebat dalam melebatkan poket.Penglibatan orang politik dalam isu penjualan pasir, tanah kepada singapura adalah isu amat besar dan kritikal kepada negara kerana ia memberikan kerosakan alam sekitar dilokasi terbabit. tidak dinafikan juga penglibatan ekonomi golongan istana, memberi kesukaran kepada penjawat awam dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan pentabiran.

Johor sebagai kerajaan johor riau moden
Banyak projek  mega diselatan johor diawasi oleh istana dimana berlaku penglibatan secara lansung dan tidak lansung, walaupun terdapat tanah tanah dimilki oleh pihak singapura namun sultan johor mampu mengambil alih semula berdasarkan kuasa pemilikanya. mereka bijak didalam pusing memusing, bahkan untuk mendapatkan kembali singapura mampu dilakukan jika kerajaan persekutan ingin lakukan tapi biarlah jangan disentuh kudis. Akan tiba nanti berlaku pengorbanan dari rakyat negeri tapi itulah harga perlu dibayar apabila bermain tarik tali. saya berharap pihak istana tidak rakus sangat sampai mengabaikan anak negeri, mempunyai askar sendiri adalah suatu kelebihan pada johor didalam membentuk kekuasaan, berlawan dengan akal bukan dengan senjata. projek mega tambak laut berhampiran tanjung piai dan tanjung pelepas perlu dilakukan berhati hati dibimbangi akan menjejaskan alam sekitar dan ekonomi pelabuhan tanjung pelepas, berharap kawasan tersebut mempunyai kawalan keselamatan dari polis, bukanlah mengupah orang lain menjaga kawasan tersebut. saya berharap jangan sampai mereka mempunyai kuasa tersendiri dalam menjalankan apa apa jua aktiviti nanti. Kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera kota iskandar supaya tidak menjadi projek gajah putih dan boleh menjadi icon pusat pemerintahan selatan negara.

*********************************************************************************
Sabah dan Sarawak

Gerakan memisahkan sabah dan sarawak adalah satu tindakan sia sia, kamu fikir dengan keluar dari malaysia, negeri kamu aman? ah tidak sama sekali, bahkan anda semua kembali terjajah. bukan mudah melaksanakan, ia tidak mustahil dilaksanakan tapi adakah berbaloi kepada rakyat negeri yang berdagang dan menpunyai hubungan darah di malaya? anda sebagai peribumi sudahkan berjaya dengan harta cukup banyak? sebelum itu berfikir panjanglah, kaum mana yang menguasai kamu dari segi ekonomi? telah saya nyatakan peperangan hari ini adalah perang ekonomi, kamu lihat bagaimana penjajah inggeris memberikan kelebihan kepada pendatang sehingga menguasai pelbagai perkara. bahkan apabila mempunyai wang mereka beli pemimpin malaya dan broneo yang runtuh iman serta akhlaknya. keadaan ini sama juga kepada kamu semua disana, tak perlu hiprokritlah mengatakan tidak rasis hidup aman damai, hari ini anda boleh berkata sedemikian, bila sampai masa kamu akan tahulah, bahkan pemimpin kamu pun rosak ahlaknya, adakah mereka benar benar bantu kamu semua? tidak lain hendak menyalahkan malaya saja.tolonglah terbuka minda dan hati nurani.

Kerajaan malaya yang dicaci inilah membantu mengelakkan kamu dibawah kesultanan sulu, jika sulu memerintah apakah kamu berani melawan mereka bersenjata pistol dan senjata berat, operasi khas dilakukan untuk mengelakkan kamu semua menjadi filipina itu adalah sejarah disenyapkan buat umum. tapi kamu menyalahkan projek ic walhal sikit punya ramai keturunan kamu berhubungkait dengan orang orang sulu.kerajaan memberi sebagai kemudahan seperti mana malaya diantara orang kelantan dan orang siam kerana terpisah kerana faktor sempadan negara akibat penjajahan, walhal mereka juga orang malaya, itulah yang dilakukan untuk orang sulu dan suku suku lain. kamu tidak boleh menafikan sejarah, kamu semua dibawah kesultanan sulu.

Saya sedih bila tiba hari kemerdekaan kamu mengatakan ia bukan hari merdeka untuk kamu semua lebih membanggakan hari malaysia, sebenarnya 31 ogos itulah hari kemerdekaan kamu semua di borneo, kerajaan malaya terpaksa mengubah kerana ingin meredakan ketegangan dan tentangan indonesia terhadap kemerdekaan persekutuan malaysia,setelah selesai tentangan barulah ia disambut bersama. musuh kamu bukan orang malaya, adakah orang orang kamu datang ke malaya dihalau keluar dibunuh, kamu bebas memiliki apa saja di malaya, sedangkan adakah orang malaya mempunyai kelebihan ditempat kamu.? ingat kita semua penduduk asal dibumi ini.



orang sarawak, kamu lihatlah bertapa bertuahnya raja taib, setelah kamu semua di tipu raja brooke anak beranak, kononya membantu membebaskan diri dari kesultanan brunei dan kesultanan di kalimantan kini kamu semua masih di tipu, apakah masih mahu salahkan malaya sedangkan beliau itu kamu sendiri undi? jangan nafikan bahawa beliau kawal semuanya disana, kamu semua perlu faham pecahan kaum di malaya adalah berbeza dengan borneo, dibandar bandar amat ketara komposisi kaum, di tempat kamu ekonomi dikawal oleh siapa? kamu tunggulah beberapa tahun mendatang bilamana ekonomi kamu dipegang sepenuhnya kaum lain, maka barulah sedar hendaknya.
*********************************************************************************

Sabah dan sarawak sememangnya diberikan automoni didalam mentadbir negeri, ramai orang tidak sedar akan perkara telah dipersetujui sejak penubuhan persekutuan malaysia, seharusnya kerajaan persekutuan memberi penerangan lebih jelas kepada rakyat, supaya tidak tertipu dengan janji manis sesetengah pihak. hari ini pihak tersebut cuba menggugat kedudukan kaum dengan melagakan antara broneo dan malaya

Ancaman luar terhadap sabah dan sarawak.

Jika kamu tetap berkeras didalam SSKM maka terzahirlah bahawa kamu semua akan menerima ancaman dari indonesia dan sulu. amat dibimbangi kuasa besar asia china, ya kehadiran tentera laut china berhampiran borneo adalah perlu dipandang berat. dalam pada masa yang sama pihak US sedang berusaha inginkan sabah melalui dana disalur kepada orang tertentu dari sulu. sabah berstatus bahaya kerana orang orang sulu amat agresif, mampukah anak negeri mengatasi acaman mereka? diatas kertas mampu tapi tersirat tidak mampu sama sekali.

Pihak indonesia sedang giat memperkasakan aktiviti ketenteraan di kepulauan natuna, jika berlaku konflik sabah sarawak, indonesia mempunyai kelebihan didalam menguasai sarawak melalui jalan laut natuna dan didarat kalimantan.ini adalah situasi bakal berlaku jika pemimpin negeri borneo gagal dalam mendapatkan pertolongan PBB

Jika berlaku SSKM kamu jua akan tetap kerugian dimana US melalui sekutu kuat asia tenggara yakni singapura akan diberikan kelebihan dalam menguasai sabah sarawak, US boleh menggunakan PBB untuk kaut apa saja termasuk sumber galian yang ada.kamu lihat trend pendudukan US di negara lain adakah negera terbabit mendapat keuntungan? tidak sama sekali. Didalam hal ini peranan US amat besar dalam cubaan menguasai sabah sarawak dari utara acaman sulu dan diselatan acaman dari indonesia.

Ancaman dari dalam terhadap sabah sarawak.

Para pelobi dari golongan politik dan ngo amat giat melakukan kegiatan sentimen membenci malaya. pelobi politik berkiblatkan singapura telah meracuni pemikiran orang sabah sarawak, melalui media elektronik mereka sengaja menimbulkan provokasi, kita boleh lihat bagaimana komentar dari sabah sarawak tidak masuk akal serta pukul rata terhadap orang orang di malaya.

Di sarawak ramai orang tahu bahawa Taib telah kuasai pelbagai ekonomi tapi kesilapan beliau mengikuti cara TDM memberi kepecayaan bukan anak negeri dalam menguruskan kerja.akibatnya akan dirasai pada masa akan datang, dan itulah yang berlaku di malaya, kamu lihat syarikat berhubungkait dengan TDM amat kaya raya, tidak perlulah mengatakan saya dengki dengan rezeki mereka tapi ia bukanlah satu keadilan, mahukah kamu semua menjadi pengemis dari negeri sediri dimana bergantung kepada orang lain menguruskan hal hal kamu seperti mana di zaman pemerintahan james brooke?


Apa perlu dilakukan oleh pemimpin negara

1.Mohon ditambah wang royalti minyak dengan menyediakan akuan khas yang telus kepada kerajaan negeri sabah dan sarawak, akaun tersebut boleh di audit oleh auditor bebas.

2. Membina lebuhraya pan borneo dengan 8 lane(4/4) mempunyai kemudaan lengkap.

3. Membina loji tenga solar, angin ia adalah pratikal kerana terdapat kawasan terpencil sukar diakses oleh kenderaan biasa.

4.Membina lebih banyak serta tambah baik hospital klinik dengan menyediakan helikopter dan ambulan mencukupi.

5. Membina lebih banyak sekolah dan memberi skim bantuan khas pelajar pendalaman disamping menyediakan inseatif bersesuaian kepada tenaga pengajar serta diberikan bantuan khas dari royalti minyak terhadap anak anak negeri didalam bidang pendidikan.

6.Runtuh dan bina kembali bandar bandar tertentu supaya dapat dielakan kesesakan lalulintas disamping menyediakan plan jangka panjang jaringan pengangkutan seperti LRT

7. Kem.penerangan perlu aktif dalam memberi infomasi kepada rakyatnya supaya dapat info yang seimbang dari kerajaan mahupun pembangkang.

********************************************************************************

saya amat berharap, apabila menerima sesuatu berita selidiki dahulu kemudian buat penilaian sejujurnya jangan terlalu mudah menyalahkan orang lain, saya juga berdoa agar warga sabah sarawak terus didalam keharmonian tidak terpengaruh dengan anasir politik sedang cuba memecahbelahkan dan satu kerugian kepada masa depan kita.

ingatlah masa makin hampir, kita semakin hari diasak dengan pelbagai isu, jika lalai terus leka bermakna kita semua akan terus hanyut bersama mimpi yang disangkakan indah walhal ia mimpi buruk kepada kita.

akhir posting majukan diri tingkatkan keimanan agar beroleh kejayaan didunia dan akhirat.

sekian

mohon maaf kepada semua









No comments: