Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan




Hi

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua pembaca blog yang beragama islam dan kepada non muslim sama samalah menghormati, kalau boleh anda cuba berpuasa ia mudah dilakukan disamping faedah kesihatan untuk jangka panjang

Sempena bulan syaaban akan meninggalkan kita pada ptg maghrib nanti dihari jumaat yang sungguh berkat dan mulia, marilah sama sama berdoa supaya diri sendiri keluarga negara dan umat islam di dunia akan terpelihara dari bala bencana dan dipermudahkan segala urusan diakhirat nanti.

Ramai yang gembira dan sedih dengan kehadiran bulan ramadhan, tapi berapa ramaikah diantara kita cuba untuk memperbaiki diri, saya juga masih memperbaiki diri supaya tidak susah diakhirat nanti, saya juga berharap saudara semua dapat memperbaiki diri. didalam bulan ramadhan kita akan melihat diri kita yang sebenar kerana kita bebas dari ganguan jin(syaitan), mereka virus @ trojan didalam sistem pengaturcaraan minda kita.

Ibadah puasa memberikan kita banyak kelebihan bahkan pahala ibadat yang kita lakukan pada bulan tersebut berganda ganda, didalam bulan juga banyak peristiwa besar berlaku. antara yang selalu menjadi impian ialah malam lailatul qadar, rugi la jika tidak berniat untuk bertemu denganya.

Jin syaitan dibelenggu

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

ini adalah persoalan menarik yang sering menjadi tanda tanya kita seperti
1. kenapa ada gangguan rasukan?
2. kenapa ada yang buat pekara yang tidak elok

secara ringkasnya penglihatan manusia ini ada penghalang yakni hijab, ramai menyangka syaitan tiada untuk mengganggu, namun sebenarnya mereka ada, cuma bulan ini diharamkan untuk mereka mengganggu manusia
Allah telah cipta alam ini dengan penuh teliti, setiap sesuatu pekara ada kitaran. seperti juga manusia, jin syaitan perlu juga direhatkan dari berterusan mengganggu manusia. Allah Maha Adil dan Saksama. dan DIA juga memberi peluang kepada manusia pada bulan ramadhan ini untuk memperbaiki diri. ok kita balik kepada persoalan diatas

1. kenapa ada gangguan rasukan @ histiria?
ini kerana hijab seseorang itu terbuka, ia terjadi apabila tahap kesedaran minda berada ditahap yang amat baik yakni membolehkan melihat lebih jauh dari biasa. apabila kita tidak biasa melihat sesuatu luarjangka maka otak akan terkejut dalam mentafsir maklumat yang diterima maka akan berlakula perkara tersebut


soalan
habis budak tu kena rasuk siap leh cakap mcm2? (soalan kedai kopi yg biasa didengar)

itu bukan rasukan, ia dimana minda seseorang itu ada memori mengenai kejadian rasukan, hantu atau apa juga pekara yang seram diterima melalui kejadian dialami, pendengaran, pandangan, atau percakapan orang sekeliling.

soalan histiria
abis budak-budak tu ramai yang kena histiria sampai 2-3 orang kadang 1 kelas macamne lak? (soalan kedai kopi) 

berkenaan jeritan histiria ia mempunyai frekuensi merangsang ketakutan/kecelaruan. ok pernahkah anda nampak hantu? tentu anda takut celaru dan jika tenang baca Al-quran untuk mententeramkan jiwa, anda dengar puntianak mengilai dan menjerit-jerit rasa takutkan? saya tiada bukti sains tapi jika minat anda kaji tentang jeritan melolong itu ia ada frekuensi ketakutan yang ditafsir oleh otak.. macam kita dengar background music seram dan ia dibantu dengan maklumat otak yakni gelap itu takut, seram dan ade hantu.


2. kenapa ada yang buat pekara yang tidak elok
ini disebabkan minda hati perasaan telah sebati dengan "aturcara" dibulan bulan biasa yakni tidak mahu mengubah "aturcara" yang telah set didalam rutin harian. 


baiklah sekian dahulu.....
semoga bulan ramadhan ini akan memberikan kita peluang yang lebih baik untuk malaysia akan datang, bermohonlah kita diselamatkan dengan fitnah bala bencana akibat dari perbuatan diri sendiri, dan janganlah kerana benci dendam habis rosak masa depan.. syukurlah Allah masih mahu tanah bertuah ini dilindungi olehNYA dan dibantu oleh orang orang alim ulama serta mereka yang berjuang secara sendiri demi agama mereka.


 







No comments: