Monday, November 14, 2011

Budaya SPIN




Alahai macam macam hal dengan dunia politik tanah air masakini, semua yang direncanakan habis di spin dengan pelbagai fakta auta mengelirukan rakyat, akhirnya majoriti rakyat yang tidak mempunyai akses internet atau media altenatif tidak dapat menyaring maklumat dengan tepat serta sahih.

Permainan spin cerita di ulang ulang selagi boleh, jika dahulu kerajaan membandingkan sesuatu isu didalam negara dengan luar negara, maka bersorak bagailah mereka mempertikaikan apa saja, namun hari ini mereka juga menggunakan cara yang sama, cuma menjadi masalahnya apa saja yang dihadapkan kepada penyokong mereka akan diterima bulat bulat, masyaallah..bala sungguh orang melayu ketika ini tatkala kaum lain sibuk memperkukuhkan kaum masing-masing, tapi orang melayu terus bersorak sorai tanpa memikirkan apa yang terbaik untuk kaum serta genarasi akan datang.

Isu kedai Rakyat 1 Malaysia terus didendangkan dengan pelbagai fakta yang kurang tepat serta karut marut, apa bezanya rebranding KR1M dengan produk rebranding seperti tesco giant? kenapa tidak dihentam sehabis habisnya kesilapan yang dilakukan oleh pasaraya terbesar dimalaysia ini.

Mudah saja jawapanya...

UNTUK KEKAL MONOPOLI

kenapa?

Dalam posting tajuk yang lepas ada disebutkan ekonomi adalah satu senjata untuk kawal kerajaan, ini memang terbukti dari dahulu hingga kini. apabila mereka memonopoli maka akan mudah untuk mewujudkan satu isu dalam memburukan kerajaan yang sedia ada, saya tidak sokong sepenuhnya kerajaan yang ada mahupun membangkang sehabis mungkin.

Apabila wujudnya KR1M rantaian ekonomi yang mereka miliki akan mudah terpecah dari kelompok mereka dimana segalanya telah kawalrapi. apatah lagi kerajaan membantu promosi produk dari kedai tersebut makin meloncatlah mereka. oleh itu ahli politik dan badut-badut diperlukan dalam kerja kerja spin yang akan dilakukan.

Sepatutnya pembangkang berikan penyelesaian terbaik terhadap sistem yang ada bukanya memburukan apa yang telah buruk, jika ini berlaku maka rakyat akan mudah terima dan memberi mandat kepada mereka kerana kebijaksanaan dalam mengatasi sesuatu isu. Tertapi mereka itu buta sekadar boneka bagi pihak lain dalam merencanakan kemusnahan malaysia seperti mana terjadi dikalangan negara islam yang lain.

Dipihak kerajaan pula terlalu lemah serta tidak berupaya dalam menyampaikan sesuatu pekara, ini disebabkan terlalu menjaga kroni dan tidak menjaga kebajikan rakyat, lihat saja isu NFC(ladang ternakan) kesilapan dilakukan oleh mereka yang diberi tanggungjawap dalam membantu negara dalam produk ternakan.

Sampai bilakah budaya Fitnah ini akan terus dilakukan demi mencapai cita cita, matlamat tidak menghalalkan sebarang cara yang bertentangan dengan agama. tapi mengapakah mereka terus mendendangkan fitnah sehingga menjadi cara kebiasaan dalam menyampaikan sesuatu

Jika kita berilmu tinggi sekalipun bilamana berhadapan dengan sekian manusia yang mungkin rendah IQ nya, dalam berucap dakwah perlulah disesuaikan dengan audien yang ada dengan bahasa yang mudah difahami serta sedap didengar. YA kita dilahirkan dengan sifat sifat pinjaman dari ALLAH tapi jangan pula mudah berkata sesuatu yang kurang sopan. Lihat saja bagaimana artis yang menjadi pengucap, bahasanya...alahai macam sembang kedai kopi saja tiada pengisian yang jitu dalam menegakkan agama Allah
Ya, "sampaikan walau sepotong ayat" perlu ingat bukan dengan cercaan atau membenci tapi dekatilah dengan sopan santun, oleh kerana itu jugalah disebuah negeri seseorang itu diperlukan tauliah, ditakuti budaya cerca dan macam macam lagi menjadi budaya seorang pengucap. jika seseorang itu mempunyai latarbelakang berkaitan ilmu islam ia tidak menjadi masalah untuk sampaikan apa saja yang perlu..

Tuan Puan bayangkanlah apabila kita terlalu mudah percaya akan sesuatu, apa akan jadi dengan agama diri dan negara? lihat saja ajaran yang difatwakan sesat macam macam hal berlaku. tidak mampukah kita berfikir dengan waras sekali akan sesuatu pekara? mengapa perlu ikut saja. kalau tidak berilmu sekalipun hendaklah kita menilaikan sesuatu yang disampaikan atau diajarakan kepada diri sendiri.

Luka yang ada kini telah menjadi nanah, sampai masa akan menjadi tokak seterusnya membusuk dan kita mungkin akan kehilangan sesuatu, sedarlah sebelum terlambat ade masa lagi untuk bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan walaupun singkat.

Saya amat berharap kedua dua kumpulan politik melayu ini bersatu atas dasar islam yang kukuh, percayalah didalam ketidaksempuraan itu ade keindahan yang akan dikenang dirindui oleh semua orang. jika mereka bersatu insyallah rakyat semua akan juga mengikut pemimpin mereka, fahami jiwa melayu hayati sejarah melayu apabila raja menganuti Islam maka seluruh nusantara ini mengikutinya..

Seharusnya mereka perlu selak kembali sejarah, kerana ia pelajaran dan senjata utama dalam merencana serta menjangka apa yang akan berlaku dihari mendatang..

salam hormat...

No comments: